Rezeki Tak Semestinya Berniaga Atau Bekerja ?

"Boleh saya tahu, apa maksud Puan tentang rezeki tidak semestinya kerana bekerja atau berniaga? Jadi, rezeki itu boleh dapat dari mana?"

Banyak dah orang bertanya hal begini sebaik saya saja memberikan kata akhir perjumpaan dengan berbisik kata, "Jangan yakin sangat dengan usaha kita. Semuanya dengan izin Allah semata"

Seperti mana ketika saya minta Ustazah Asma Harun doakan agar saya dipermudahkan Allah untuk membuat bilik khas buat tetamu dan ruang solat di rumah sendiri, jawab Ustazah,

"Rezeki Allah beri ikut saiz impian dan usaha"

Sungguh, Allah yang beri.

Menjawab kepada pertanyaan di atas tadi, ia berasaskan pengalaman sendiri setelah berguru dengan seorang guru yang mengajar cara berdoa yang tidak memberatkan kepada usaha kita semata-mata.

Saya contohkan kepada setiap yang bertanya, agar mudah difahami,

Contohnya seperti kami mahu mengerjakan umrah anak-beranak pada penghujung tahun 2018 dalam keadaan kami suami isteri tidak keluar berkerja, lalu doa kami,

"Ya Allah, jemputlah kami anak-beranak untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini. Bagaimana caranya, kami pun tidak tahu, kami hanya berserah kepadaMu. Engkaulah Yang Maha Berkuasa untuk menguruskan segalanya. Sungguh kami tidak berdaya"

Sungguh ketika itu, kami dapat mengerjakan umrah anak-beranak apabila dengan izin Allah, kami terima job untuk buat makeover dengan skala yang besar.

Memang nampak seperti kerjalah juga. Berniagalah juga, kan?

Siapa yang kenal kami, pasti tahu keadaan kami. Kami tidak keluar bekerja, tetapi insyaAllah, ada saja kerja yang datang ke rumah. Ada orang minta bantuan buatkan itu dan ini. Jadi, rezeki Allah begitulah buat kami. Mahalnya rezeki Allah bagi, ialah sebuah kepercayaan yang tinggi di dalam hati setiap orang di kelilingi kami. Ramai mahu dekati, ramai mempercayai.

Maka benar, setiap hati manusia Allah yang pegang. Kita hanya terus berdoa dan bersangka baik dengan Allah. Allah yang akan uruskan melalui siapa rezeki kita akan dihantar.
Penat hidup ini andai kita terlalu yakin dengan rezeki kita bergantung kepada bagaimana usaha kita semata.

Risau kita terkecilkan kuasa Allah, dan hanya nampakkan usaha kita itu yang gah dan besar. Bahaya. 

Saya sangat terkesan akan kisah lalu di mana saya dapat mengikuti suami ke Amerika Syarikat walau tiada sesen duit pada diri, juga tiada juga tabungan pada suami. Kisah ini ada saya tuliskan di dalam buku yang pernah diterbitkan iaitu buku Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. 

Juga saya dapat rasakan lagi sekali akan kuasa kebesaran rezeki pemberian Allah apabila dapat melepasi sempadan Thailand ketika ditahan kemasukan kerana ada hutang PTPTN lagi sedikit. Siapa sangka, hutang saya selesai di sempadan negara sana. Bukan saya yang langsaikan, tetapi Allah permudahkan orang lain yang langsaikan. 

Saat di Beijing, 50 orang terkandas, akhirnya dapat pulang juga. Kalau difikirkan, tidak logik dek akal dapat bayar 100k dalam masa 2 hari sahaja di kaunter. Allah uruskan semuanya. 

Dan saat PKP, Allah rezekikan sebuah rumah berlaman buat kami sekeluarga selepas lama berumah di atas langit sana. 

Pucuk pangkal rezeki, bukan hal kerja apa, bisnes apa. Tetapi, rezeki kalau Allah nak bagi, entah dari celah mana datangnya. Entah siapa datang dekati kita.

Sungguh, semua itu kerja Allah.
Depan mata saya juga Allah hidangkan kisah rezeki luar biasa Ustazah Asma Harun yang betul kata Ustazah, "Rezeki Allah beri ikut saiz impian dan usaha"

Bagaimana janji kita kepada Allah untuk buat sesuatu setelah dapat sesuatu, itu juga adalah antara bagaimana rezeki yang diterima berbeza-beza.

Rezeki datang bersama amanah.
Jika sanggup memegang tanggungjawab itu, baru Allah beri.

Rezeki kita Allah pegang.
Allah tunggu kita minta.
Allah tunggu sampai masa yang sesuai buat kita terima.
Kita hanya perlu perbaiki diri kita setiap masa. Perbaiki niat kita untuk apa. 

Tentang doa, doa biar terus direct minta pada Allah. Jangat beratkan doa dengan beban, namun doa sungguh-sungguh apa yang dimahu. 

Contoh doa yang membebankan dan masih ada tinggi ego kita sebagai manusia ialah seperti,

"Ya Allah, cukupkan gaji aku untuk aku tunaikan umrah tahun ini"

Maka, berat doa itu. Kerana perlu cukup gaji dahulu baru dapat pergi umrah.

Atau

Contoh kedua, seperti ini,

"Ya Allah, bagilah aku masa untuk study agar boleh aku success dalam exam"

Masih berat doa tersebut kerana perlu punya masa untuk study baru boleh success exam. Sedangkan, kita boleh doa, "Ya Allah, berikanlah aku lulus dan dapat A dalam kesemua subjek semasa exam nanti"

Doa tanpa syarat, jangan mengangkat usaha kita padaNya, tetapi angkatlah kuasa DIA dalam doa kita. Banyakkan memuji kuasaNya ketika berdoa. Itu juga amalan orang alim terdahulu. Kerana itu mereka berzikir beribu-ribu dan mengerjakan solat-solat sunat sebelum berdoa.

Jika tidak mampu begitu, cukuplah dengan doa bersungguh tanpa syarat. Betul betul dalam keadaan yakin pada kekuasaanNya. 

Guru saya kata, jika mahu berdoa, doa terus tanpa syarat. Jangan disebut-sebut usaha kita. Kerana Allah punya cara untuk menunaikannya.

Saya pun kurang pandai bab-bab ini. Hatta, masih perlu belajar lagi. Tetapi entah kenapa hari ini rasa mahu berkongsi. Saya percaya Allah yang lorongkan tulisan perkongsian ini. Bukan saya, tetapi DIA. 

Andai berdoa, berdoalah bersungguh-sungguh. Saat berdoa, yakinlah yang Allah Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Memakbulkan segalanya💕


Saya doakan semua sahabat di sini dimakbulkan Allah akan segala doa yang dipanjatkan.

* kredit pada penulis asal Puan Khairunnisa Hamzah 
(MommyDekor)
Dekor-Dekor Cinta
Cinta teratas hanya padaNya

#shakleebatucaves #shakleemalaysia 
#shakleegombaksetia 
#shakleegombak #shakleeselayang #zahratulmuna #pengedarshakleeselayang #pengedarshakleebatucaves
#shakleegreenwood
#supplimentorganic
#bisnessmodalrendah
#bisnesstanpamodal
#bisnessshaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Comments